Dalam mengingati kematian, Al-Ghazali membahagikan manusia kepada 3 tingkatan iaitu ;
i. Al Munhamik Orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal unutk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.
ii. At Taib Orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah, Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan bekalan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah
iii. Al 'Arif Orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan unutk menghadapi kematian.
dipetik dari IPGM Kampus Pendidikan IslamGolongan manakah anda?'Maju Bersama Al-Faiz'