Monday, July 4, 2011

'Maju Bersama Al-Faiz'
'Maju Bersama Al-Faiz'

Jom Jadi Usahawan Takaful!!















'Maju Bersama Al-Faiz'

Wednesday, January 26, 2011

Untungnya menjadi Agent di bawah Al-Faiz!

Al-Faiz Agency semakin dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakat disebabkan oleh pengiktirafan dan kemajuan yang telah dicapai. Al-Faiz Agency berusaha sedaya upaya dalam memberi perkhidmatan yang telus dan mesra pelanggan.

Setakat ini, pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Al-Faiz Agency. Disamping itu, agent yang mendaftar di bawah Al-Faiz Agency turut diberikan ganjaran mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Antara ganjarannya adalah mengikuti trip ke :

Beijing.





Bali & Langkawi.




Bandung.






Cape Town, South Africa.






Ada banyak lagi tempat-tempat yang telah dijelajahi oleh Agent di bawah Al-Faiz Agency!

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang mengikuti trip seterusnya!

Apa tunggu lagi? Jom sertai Al-Faiz Agency sekarang!

'Maju Bersama Al-Faiz'

Transformasi Al-Faiz.

Saban hari Al-Faiz Agency semakin maju dalam Industri Takaful Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk Maju Bersama Al-Faiz.

Gambar ketika beroperasi di pejabat lama. Jalan Sungai Tangkas, Kajang.



Pengiktirafan demi pengiktirafan diberikan kepada Al-Faiz Agency :


Sehingga kini, Al-Faiz Agency telah memecah rekod dalam industri Takaful Malaysia yang mencatatkan jumlah pendapatan sehingga RM4.4 Juta!




Gambar di pejabat baru kami. No 5 Jalan Reko Sentral 2, Kajang.



'Maju Bersama Al-Faiz'

Thursday, December 9, 2010

Al-Faiz di Karnival IKTIRAF 2010, Putrajaya.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua SERANTA (FELDA), Jabatan Perdana Menteri bersama Majlis Belia FELDA (MBFM) dan FELDA menganjurkan Karnival IKTIRAF.



Kali ini, Karnival IKTIRAF 2010 diadakan di Padang Letak Kereta Mahkamah Putrajaya (Presint 3) bermula dari 10hb Disember hingga 12hb Disember 2010. Karnival ini berjalan selama 3 hari melibatkan warga FELDA seramai 10,000 orang dari seluruh negara!

Karnival ini juga akan menarik ramai pengunjung kerana promosi dan publisiti yang meluas telah dijalankan!



Al-Faiz Agency tidak melepaskan peluang untuk bersama anda sepanjang Karnival IKTIRAF 2010 ini berlangsung. Datanglah ke sana untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil kami supaya segala kemusykilan anda mengenai TAKAFUL dan kepentingan memiliki Polisi Takaful untuk anda dan keluarga tersayang bersama Al-Faiz Agency terjawab di sana!

Kami berada di booth G9!

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Karnival IKTIRAF 2010 kali ini!



'Maju Bersama Al-Faiz'

Sunday, November 28, 2010

Takaful Flexi PA.

1.         Apakah produk ini?
Produk ini merupakan pelan kemalangan peribadi yang menyediakan perlindungan untuk kematian, hilang upaya menyeluruh yang kekal dan elaun kemasukan ke hospital.

2.         Apakah terdapat konsep-konsep Syariah?

Tabarru'
Produk ini mengunapakai konsep Tabarru , di mana para peserta bersetuju untuk membayar sumbangan mereka kepada Dana Takaful Am bagi tujuan saling bantu membantu dan menolong mana-mana peserta lain yang memerlukan bantuan.

Wakalah
Produk ini juga menggunapakai konsep Wakalah , di mana para peserta melantik Pengendali Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan Dana Takaful Am. Sebagai ejen, Pengendali Takaful berhak menerima 'yuran wakalah' sebagai caj perkhidmatan.

Nota: Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut.

3.         Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
Berikut adalah manfaat-manfaat Takaful Flexi PA :

 Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Tempoh perlindungan ialah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui sijil takaful anda secara tahunan.

Nota:   Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat di atas.

Lebihan
Lebihan ditentukan pada setiap penghujung tahun kewangan dari Dana Takaful Am (Dana) setelah potongan dibuat bagi upah wakalah, bayaran manfaat, takaful semula dan peruntukan-peruntukan rizab berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sekiranya terdapat lebihan, kami akan menerima lima puluh peratus (50%) daripada dana tersebut sebagai insentif kerana bertanggungjawab dalam mengendalikan serta menguruskan Dana tersebut. Sementara bakinya akan diperuntukkan untuk pengagihan di kalangan para peserta tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam sijil ini.

Lebihan tersebut akan dibayar kepada para peserta yang tidak membatalkan sijil ini atau membuat sebarang tuntutan sebelum tarikh tamat sijil mereka. Jika lebihan yang hendak dibayar kurang dari RM 10.00, maka lebihan tersebut akan didermakan kepada tabung kebajikan yang akan digunakan untuk tujuan amal jariah bagi pihak para peserta.

4.         Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan tahunan ialah RM70.00 (termasuk duti setem RM10.00). Sumbangan boleh dibuat secara tunai, kad kredit atau cek

5.         Apakah bayaran dan caj yang perlu saya bayar?

 Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

6.         Apakah terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?

a.         Anda perlu mendedahkan secara penuh dan jujur semua fakta-fakta material yang anda tahu atau sepatutnya tahu, jika tidak sijil yang dikeluarkan dianggap tidak sah.

b.         Kami berhak untuk meminda terma-terma, pengecualian-pengecualian dan syarat-syarat sijil ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod-rekod kami. Anda perlu memberitahu kami jika terdapat apa apa perubahan kepada alamat, pekerjaan anda atau jika anda mengalami apa-apa kecacatan fizikal atau sebarang kelemahan akibat daripada penyakit semasa di dalam tempoh takaful dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu.

c.         Semua tuntutan mestilah diberitahu kepada kami dengan secepat mungkin tetapi tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas berlakunya sebarang kejadian yang membolehkan anda membuat tuntutan di bawah sijil ini. Kirimkan dokumen yang berkaitan kepada kami dengan segera untuk menyokong tuntutan anda. Tuntutan tidak dianggap lengkap dan manfaat manfaat yang layak tidak akan dibayar kecuali semua bil atau resit bagi tuntutan sedemikian telah diserahkan dan dipersetujui oleh kami. Sebarang dokumen atau bukti yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut perlu disediakan atas perbelanjaan anda. Sebarang pemeriksaan perubatan yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut adalah di bawah perbelanjaan kami.

d.         Seseorang itu tidak boleh dilindungi lebih daripada satu Sijil Takaful Flexi PA.

e.         Kami tidak akan membayar sebarang manfaat semasa anda berada di luar Malaysia untuk tempoh melebihi tiga (3) bulan berturut-turut di dalam mana-mana satu tempoh takaful.

Nota:   Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai lengkap terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di dalam sijil.

7.         Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah sijil ini?

a.         Penyakit sedia ada.
b.         Tindakan yang disengajakan, jenayah atau tindakan haram, atau kecuaian.
c.         Bunuh diri atau percubaan membunuh diri, pembunuhan atau serangan akibat provokasi.
d.         Kecederaan terhadap diri sendiri, tekanan, gangguan fikiran atau perasaan.
e.         Alkohol atau penggunaan dadah.
f.          Kehamilan, kelahiran anak, keguguran atau pengguguran anak.
g.         AIDS atau kehadiran sebarang HIV.
h.         Sebarang peperangan, rusuhan, mogok, pemberontakan dan kegemparan awam.
i.          Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif.
j.          Terlibat di dalam pekerjaan dan aktiviti berbahaya.

Nota:   Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di dalam sijil.

8.         Bolehkah saya membatalkan sijil saya?
Anda boleh membatalkan sijil dengan memberi notis bertulis kepada kami dan kami akan mengembalikan sumbangan bagi tempoh takaful yang belum tamat dengan kadar pro-rata dengan syarat tiada tuntutan dibuat kepada kami dalam tempoh takaful tersebut.

9.         Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat perhubungan?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan maklumat perhubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

10.       Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan tentang takaful kemalangan diri, sila rujuk buku panduan maklumat insurans bertajuk ‘Takaful Kemalangan Diri', yang tersedia di semua cawangan kami atau anda boleh mendapatkan salinan daripada Al-Faiz Agency atau layari www.insuranceinfo.com.my.

11.       Lain-lain jenis perlindungan takaful kemalangan diri yang boleh didapati?
Sila rujuk kepada kami untuk jenis pelan-pelan serupa yang ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.

NOTA PENTING:

ANDA DINASIHATKAN MERUJUK SKALA MANFAAT UNTUK KEMATIAN DAN HILANG UPAYA DI DALAM SIJIL ANDA. ANDA MESTI MELANTIK PENAMA DAN MEMASTIKAN PENAMA ANDA MENGETAHUI TENTANG SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI YANG TELAH ANDA BELI. ANDA MESTI MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA LANGSUNG UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

‘Maju Bersama Al-Faiz’