Sunday, November 28, 2010

Takaful Flexi PA.

1.         Apakah produk ini?
Produk ini merupakan pelan kemalangan peribadi yang menyediakan perlindungan untuk kematian, hilang upaya menyeluruh yang kekal dan elaun kemasukan ke hospital.

2.         Apakah terdapat konsep-konsep Syariah?

Tabarru'
Produk ini mengunapakai konsep Tabarru , di mana para peserta bersetuju untuk membayar sumbangan mereka kepada Dana Takaful Am bagi tujuan saling bantu membantu dan menolong mana-mana peserta lain yang memerlukan bantuan.

Wakalah
Produk ini juga menggunapakai konsep Wakalah , di mana para peserta melantik Pengendali Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan Dana Takaful Am. Sebagai ejen, Pengendali Takaful berhak menerima 'yuran wakalah' sebagai caj perkhidmatan.

Nota: Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut.

3.         Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
Berikut adalah manfaat-manfaat Takaful Flexi PA :

 Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Tempoh perlindungan ialah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui sijil takaful anda secara tahunan.

Nota:   Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat di atas.

Lebihan
Lebihan ditentukan pada setiap penghujung tahun kewangan dari Dana Takaful Am (Dana) setelah potongan dibuat bagi upah wakalah, bayaran manfaat, takaful semula dan peruntukan-peruntukan rizab berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sekiranya terdapat lebihan, kami akan menerima lima puluh peratus (50%) daripada dana tersebut sebagai insentif kerana bertanggungjawab dalam mengendalikan serta menguruskan Dana tersebut. Sementara bakinya akan diperuntukkan untuk pengagihan di kalangan para peserta tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam sijil ini.

Lebihan tersebut akan dibayar kepada para peserta yang tidak membatalkan sijil ini atau membuat sebarang tuntutan sebelum tarikh tamat sijil mereka. Jika lebihan yang hendak dibayar kurang dari RM 10.00, maka lebihan tersebut akan didermakan kepada tabung kebajikan yang akan digunakan untuk tujuan amal jariah bagi pihak para peserta.

4.         Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan tahunan ialah RM70.00 (termasuk duti setem RM10.00). Sumbangan boleh dibuat secara tunai, kad kredit atau cek

5.         Apakah bayaran dan caj yang perlu saya bayar?

 Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

6.         Apakah terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?

a.         Anda perlu mendedahkan secara penuh dan jujur semua fakta-fakta material yang anda tahu atau sepatutnya tahu, jika tidak sijil yang dikeluarkan dianggap tidak sah.

b.         Kami berhak untuk meminda terma-terma, pengecualian-pengecualian dan syarat-syarat sijil ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod-rekod kami. Anda perlu memberitahu kami jika terdapat apa apa perubahan kepada alamat, pekerjaan anda atau jika anda mengalami apa-apa kecacatan fizikal atau sebarang kelemahan akibat daripada penyakit semasa di dalam tempoh takaful dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu.

c.         Semua tuntutan mestilah diberitahu kepada kami dengan secepat mungkin tetapi tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas berlakunya sebarang kejadian yang membolehkan anda membuat tuntutan di bawah sijil ini. Kirimkan dokumen yang berkaitan kepada kami dengan segera untuk menyokong tuntutan anda. Tuntutan tidak dianggap lengkap dan manfaat manfaat yang layak tidak akan dibayar kecuali semua bil atau resit bagi tuntutan sedemikian telah diserahkan dan dipersetujui oleh kami. Sebarang dokumen atau bukti yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut perlu disediakan atas perbelanjaan anda. Sebarang pemeriksaan perubatan yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut adalah di bawah perbelanjaan kami.

d.         Seseorang itu tidak boleh dilindungi lebih daripada satu Sijil Takaful Flexi PA.

e.         Kami tidak akan membayar sebarang manfaat semasa anda berada di luar Malaysia untuk tempoh melebihi tiga (3) bulan berturut-turut di dalam mana-mana satu tempoh takaful.

Nota:   Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai lengkap terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di dalam sijil.

7.         Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah sijil ini?

a.         Penyakit sedia ada.
b.         Tindakan yang disengajakan, jenayah atau tindakan haram, atau kecuaian.
c.         Bunuh diri atau percubaan membunuh diri, pembunuhan atau serangan akibat provokasi.
d.         Kecederaan terhadap diri sendiri, tekanan, gangguan fikiran atau perasaan.
e.         Alkohol atau penggunaan dadah.
f.          Kehamilan, kelahiran anak, keguguran atau pengguguran anak.
g.         AIDS atau kehadiran sebarang HIV.
h.         Sebarang peperangan, rusuhan, mogok, pemberontakan dan kegemparan awam.
i.          Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif.
j.          Terlibat di dalam pekerjaan dan aktiviti berbahaya.

Nota:   Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di dalam sijil.

8.         Bolehkah saya membatalkan sijil saya?
Anda boleh membatalkan sijil dengan memberi notis bertulis kepada kami dan kami akan mengembalikan sumbangan bagi tempoh takaful yang belum tamat dengan kadar pro-rata dengan syarat tiada tuntutan dibuat kepada kami dalam tempoh takaful tersebut.

9.         Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat perhubungan?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan maklumat perhubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

10.       Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan tentang takaful kemalangan diri, sila rujuk buku panduan maklumat insurans bertajuk ‘Takaful Kemalangan Diri', yang tersedia di semua cawangan kami atau anda boleh mendapatkan salinan daripada Al-Faiz Agency atau layari www.insuranceinfo.com.my.

11.       Lain-lain jenis perlindungan takaful kemalangan diri yang boleh didapati?
Sila rujuk kepada kami untuk jenis pelan-pelan serupa yang ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.

NOTA PENTING:

ANDA DINASIHATKAN MERUJUK SKALA MANFAAT UNTUK KEMATIAN DAN HILANG UPAYA DI DALAM SIJIL ANDA. ANDA MESTI MELANTIK PENAMA DAN MEMASTIKAN PENAMA ANDA MENGETAHUI TENTANG SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI YANG TELAH ANDA BELI. ANDA MESTI MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA LANGSUNG UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

‘Maju Bersama Al-Faiz’

Al-Faiz Agency di MAHA 2010, Serdang.

Untuk makluman, Pameran MAHA Antarabangsa merupakan merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Pameran ini merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.

Ia dijangka akan berasaskan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian.

Pameran MAHA Antarabangsa 2010 kali ini diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Al-Faiz Agency tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berada di sana sepanjang tempoh tersebut.

Datanglah ke sana untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil kami supaya segala kemusykilan anda mengenai TAKAFUL dan kepentingan memiliki Polisi Takaful untuk anda dan keluarga tersayang bersama Al-Faiz Agency terjawab di sana!

Di sini kami sertakan Peta Lokasi MAHA 2010.



'Maju Bersama Al-Faiz'

Update Al-Faiz Agency.

Umum sedia maklum bahawa Al-Faiz telah mencipta nama dalam industri Takaful apabila sering mencipta rekod baru dalam nilai urusniaga.


Dan kini, wakil daripada Al-Faiz Agency berada di Tesco Semenyih bersedia memberi penerangan lengkap terhadap kemusykilan anda tentang TAKAFUL dan kepentingan memiliki Polisi Takaful untuk anda dan keluarga tersayang.
4 November 2010 - 1 Disember 2010

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.



Kami turut menyediakan wakil di Tesco Ampang. Segala kemusykilan anda mengenai TAKAFUL dan kepentingannya boleh diselesaikan oleh wakil kami di sana.
22 November 2010 - 5 Disember 2010

Di sini kami sertakan peta untuk ke Tesco Ampang.
Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.


Wakil daripada Al-Faiz Agency juga berada di Ampang Point.
26 November 2010 - 5 Disember 2010

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.



'Maju Bersama Al-Faiz'