Sunday, November 28, 2010

Al-Faiz Agency di MAHA 2010, Serdang.

Untuk makluman, Pameran MAHA Antarabangsa merupakan merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Pameran ini merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.

Ia dijangka akan berasaskan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian.

Pameran MAHA Antarabangsa 2010 kali ini diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Al-Faiz Agency tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berada di sana sepanjang tempoh tersebut.

Datanglah ke sana untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil kami supaya segala kemusykilan anda mengenai TAKAFUL dan kepentingan memiliki Polisi Takaful untuk anda dan keluarga tersayang bersama Al-Faiz Agency terjawab di sana!

Di sini kami sertakan Peta Lokasi MAHA 2010.



'Maju Bersama Al-Faiz'

No comments:

Post a Comment